Hari Pers Nasional 2015 Di Kepri

Posted on Updated on

imagesBatam. MELAYU ITU ISLAM ISLAM ITU MELAYU “Apakah kita perlu memperjuangkan Islam dahulu kemudian baru Melayu, atau memperjuangkan Melayu dahulu kemudian baru Islam” Kedua-dua soalan ini jelas menunjukkan semacam ada satu dilema ataupun suatu konflik antara memperjuangkan Islam dengan Melayu di kalangan kita. Persolaan ini sangat menarik untuk diangkat menjadi satu persoalan, karena mungkin ini antara satu faktor yang menyumbang ke arah perpecahan dan kemunduran bangsa Melayu Islam masa kini. Kerap kita dengar kata yang mengatakan Islam itu agama manakala Melayu itu satu bangsa. Oleh kerana itu, perjuangan Islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan Melayu Yang bersifat sempit. Dari sini timbullah kumpulan yang selalu dilabel sebagai pejuang nasionalis dan pejuang Islam. Ada yang menggunakan label agama ada yang menggunakan label bangsa. Masing-masing mengaku bahwa perjuangan merekalah yang lebih tepat. Maka atas dasar itu berlakulah pertarungan yang sengit yang tidak habis-habis walaupun hakikatnya kedua-dua kumpulan adalah seagama dan sebangsa. Siapa yang lebih Islam dan siapakah yang lebih Melayu?

Dari sini timbullah krisis pemikiran dan tindakan yang muncul dalam berbagai isu yang datang silih berganti sebagai contoh persoalan yang lebih penting fardu ain atau fardu kifayah, kerohanian atau pembangunan, hudud atau pendidikan, ‘ritual’ atau ‘substance’, kerudung di kepala atau iman di dada, ekonomi atau akhlak, hafiz atau teknokrat syariat atau syiar dan macam-macam lagi. Terlepas daripada pola berfikir berasaskan kepentingan diri dan kepentingan politik, kita sepatutnya boleh melihat persoalan ini dari dimensi yang lebih harmoni dalam konteks hubungan Islam dan Melayu sebenarnya sangat sinonim. Definasi Melayu dalam status menampilkan tiga ciri asas yakni, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat budaya Melayu. jadi ini dengan sendiri meletakkan Islam sebagai satu ciri dalam jati-diri Melayu. Dengan kata yang lain, jika seseorang “membuang” lslamnya, maka secara otomatik boleh dikatakan dia hilang bukan saja nilai-nilai keislamannya tetapi juga sifat-sifat kemelayuannya. Oleh itu dalam konteks Batam khususnya dan Kepulauan Riau pada umumnya, secara mudah kita boleh mengatakan yang “Melayu itu Islam” dan “Islam itu Melayu’. Meskipun ada di kalangan orang Melayu yang telah meminggirkan nilai dan syariat Islam dalam kehidupan mereka, tetapi itu bukanlah alasan untuk menafikan keislaman mereka justeru selagi mereka masih mengakui beragama Islam, maka keislaman mereka tidak boleh ditolak. Pengakuan lahiriah mereka ini hendaklah diterima dan diiktiraf, manakala apa yang lebih tersirat dan hakikat (yang tersembunyi di dalam hati) adalah hak Tuhan untuk menentukannya. Jika demikian, hukum yang sama boleh juga dipakai buat kelompok Melayu yang sudah meninggalkan adat istiadat bangsanya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak sepatutnya dituduh hilang sifat kemelayuannya hanya dengan memakai topi ala barat. Yang penting selagi mereka masih mengakui bahawa mereka berbangsa Melayu maka mereka masih dikira orang Melayu. Malah dalam konteks ini makna Melayu sendiri memungkinkan suku bangsa lain boleh menjadi Melayu. Kacukan India Melayu, Arab Melayu, jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya telah lama diterima sebagai ‘orang Melayu’ kerana memeluk Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu. Jika kita boleh menerima definisi dan sikap yang lebih toleransi seperti di atas, maka secara praktiknya seharusnya tidak ada konflik antara suku, bangsa dan agama di kalangan orang-orang Melayu. jika ada pihak yang memperjuangkan Melayu, maka mereka boleh dikatakan memperjuangkan Islam dan begitu jugalah jika ada pihak yang memperjuangkan Islam, maka mereka juga boleh dikatakan memperjuangkan Melayu.Kita sewajarnya sedar bahawa antara isi perjuangan Islam ialah untuk membela kaum yang lemah dan memberi keadilan kepada semua tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan warna kulit. Kita juga sedar bahawa memperjuangkan Melayu berarti membela nasib mereka di sudut ekonomi, pendidikan, social, status keberadaan dan lain-lain dengan tidak menafikan hak kaum lain untuk sama-sama menikmati ekonomi, status sosial dan tahap pendidikan yang baik. jika demikian di mana konfliknya antara perjuangan agama dan bangsa? Bukankah kedua-duanya mengarah kepada matlamat yang serupa?
Jika ada pihak yang mula mempersoalkan, apakah benar kedua-dua pihak sedang memperjuangkan apa yang mereka dakwa agama ataupun bangsa itu? Atau ada ‘hidden agenda’ lain yang sedang diperjuangkan menggunakan label agama atau label bangsa.Sejarah manusia tidak pernah sunyi dengan kemunculan “mujahid gadungan” atau “patriot badut” yang menggunakan baju bangsa atau jubah agama bagi memperjuangkan kepentingan diri, kepentingan kelompok dan penguasa.Jadi musuh kita yang sebenar bukanlah nasionalis bangsa atau fundamentalis agama, tetapi puak “perutis” – mereka yang berjuang atas kepentingan perut! Mereka ini tidak mahu melihat Islam dan Melayu bersatu kerana perpaduan dengan sendirinya akan menggugat kepentingan mereka. Mereka akan herusaha habis-habisan untuk mengaut kepentingan diri dengan “kefanatikan” agama atau bangsa mereka Sebenarnya hubungan Islam dengan Melayu adalah hubungan simbiotik yang menguntungkan kedua-duanya, Islam adalah hidayah manakala bangsa adalah fitrah yang kedua-duanya datang dari Allah. Tuhan menjadikan bangsa untuk proses ‘litarrafu’ (berkenalan) dan Islam untuk menyelamat dan menyatukan.Malah takrif Melayu yang begitu “terbuka”, sifatnya menyebabkan bangsa Melayu bersifat alami dan sangat sinonim dengan Islam yang juga bersifat Islam telah memberi nafas baru bukan saja kepada kedudukan ekonomi dan politik bangsa Melayu, malah bahasa Melayu menjadi bahasa pemersatu bangsa ini Bangsa Melayu hampir-hampir mendapat gilirannya sebagai bangsa pembina empayar dengan Islam selepas bangsa Arab, Turki dan Mongol jika tidak diserang oleh gerakan salibiyyah Portugis, Belanda dan Inggris akibat kemerosotan pegangan mereka terhadap Islam.Sepatutnya tidak wujud konflik langsung antara keinginan untuk menjadi Muslim yang sejati dengan Melayu yang tulen. Islam adalah ‘content’ dan Melayu boleh disifatkan sebaga ‘container’. Islam harus menjadi teras dan sendi yang menjadi tunjang dan pengimbang dalam usaha membangunkan bangsa. Islam atas sifatnya yang sejagat mengambil kira faktor setempat aspek budaya, adat kebiasaan dan lain-lain elemen kelaziman untuk menegakkan syariat dan nilainya dalam diri sesuatu bangsa. (rby)

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s